Mrs Panda
Be Strong ! :')
Monday, 18 March 2013 • 10:31 • 0 comments

Dear awak, Jangan jadi lemah di sebabkan dia. Saya tahu awak tak macam ni. Awak jadi lemah di sebabkan dia yang tak ambil kisah dan tak menghargai awak,  Awak buat semua tu untuk dia, awak ingat dia ambil kisah pasal awak, Tak awak, Awak tak payahlah mengaharapkan dia lagi kalau dia macam tu. Saya tak pernah tengok awak macam ni. Mungkin ni satu balasan awak tinggalkan saya dulu.  Awak mengharapkan dia sedangkan dia mengharapkan orang lain. Awak fikirkan dia tapi dia langsung tak fikirkan pasal awak. Dia fikirkan orang lain dan dia menarik perhatian orang tu untuk menyukai dia. Cukuplah awak menyakitkan hati awak tu. Awak tidak sihat sekarang ni. Fikirkan kesihatan awak tu. Ada orang masih menyayangi awak, ada orang masih ambil berat pasal awak lagi. Awak bukan keseorangan, Awak ada family, awak ada kawan - kawan dan yang Penting awak ada Allah, Allah sentiasa berada di sisi awak. Dia tak kan pergi kemana - mana. dan sentiasa menjaga dan membantu hambanya apabila di dalam kesusahan. Awak tolonglah jangan macam ni. Saya tak nak tengok awak macam ni. saya nak tengok awak gembira je. Walaupun awak ex saya,  Saya masih lagi ambil berat pasal awak, masih lagi risaukan awak. Sebagai kawan saya tak nak awak macam ni. Jujur saya cakap saya masih sayangkan awak walaupun awak ni ex saya. Sayang saya pada awak takkan hilang. Saya masih ingat apa yang awak buat dekat saya dulu. Dan sebab tu saya tidak mencari pengganti baru dan tenangkan hati saya ni. Saya yang boleh tenang takkan awak tak boleh. Saya tahu ini agak susah bagi awak. Saya pun pernah merasai semua tu. Tapi saya tetap tenangkan hati saya dan mulakan hidup baru. Saya harap awak pun boleh buat macam saya. Just satu je saya nak cakap, saya nak awak bersabar, tenangkan hati awak tu, jaga kesihatan dan fikirkan orang di sekeliling awak tu. Ada lagi orang menyayangi awak, Dan Allah sentiasa melindungi awak. Minta doa pada-Nya. IsyaAllah, doa awak akan terkabul. Ok, saya harap awak boleh bersabar ok. Saya dan kawan - kawan awak akan sokong awak dari belakang. Jangan Risau ok. :)

















PASTFUTURE