Mrs Panda
Berhenti berharap pada sesuatu yang belum tentu jadi milik kita. :')
Thursday, 7 February 2013 • 00:35 • 0 comments

Kata kawan - kawan aku, Jangan terlalu berharap pada seseorang yang belum tentu jadi milik kita. Sebelum ni aku ada berharap pada someone dan aku anggap dia crush aku. Sebelum aku cakap dekat dia yang dia crush aku, kita orang happy je, Kawan macam biasa, sampai aku berharap pada dia. Bertegur dengan dia macam biasa je. Bila aku sudah bagi tahu dia segala - galanya. Dia terus jadi lain, tak tegur aku langsung, da berubah. Bak kata orang, Hati orang kita tak tahu apa yang dia nak kan ? dengan itu aku pun terus berdiam. Dan tak bertegur dengan dia. Sebab dia aku terus tanam azam tak nak berharap pada sesiapa, tak nak mengharapkan sesuatu yang belum pasti dan Tak nak mempunyai hubungan dengan sesiapa pun. Sebab Bila aku mengharapkan sesuatu, benda semua tak jadi. Berhenti di tengah jalan. Itu la yang terjadi setiap kali aku kenal dengan seseorang. Kawan itu pun da cukup la. By the way, aku ni jugak seseorang yang memilih, jujur da aku cakap. So tak yah pilih aku kalau da tahu perangai aku ni kan ? Aku da malas nak kenal dengan sesiapa. Kata orang Jodoh tak kemana kan ? So tak salah kalau aku tunggu jodoh dari Allah s.w.t. itu je la yang boleh aku tunggu. Bak kata orang juga. Perigi cari timba kan ? So, bia je la. Takkan Timba nak cari perigi pulak ? Macam syok sendiri kan ? bertepuk sebelah tangan. ok, keputusan aku adalah muktamad, aku tak nak cari pasangan walaupun aku jelous tengok orang ada pasangan, aku tak nak mengharap pada sesiapa pun, dan aku tak nak mengenali sesiapa pun. Kenal sekadar kawan aku terima, tapi kalau kenal lebih dari tu, sorry to say la bro. Kenal seseorang mesti tengok dan kenal dia dalam beberapa bulan. Bukan baru kenal terus couple. Akhirnya nanti sakit hati dan kecewa yang dapat. Itu aku tak nak. Jujur aku cakap aku seorang yang MEMILIH. Memilih sebab nak jaga diri supaya tak dipermainkan atau ditipu oleh kaum adam. Itu yang kena berjaga - jaga. Sorry to say la bro ye. Aku tak nak ditipu dan dipermainkan lagi. Aku benci semua tu.  Jangan mempermainkan kaum hawa yang lemah ini. Harap maklum. :) 




PASTFUTURE