Mrs Panda
Semalam punya cerita ! :D
Saturday 10 August 2013 • 22:17 • 0 comments
Raya tahun ni macam takde feel je, cuti da la berapa hari je. Isnin da balik. Bosan k bosan  -_-
Raya aku masih tak lagi, tak semalam puas la juga sebab raya dengan family belah ibu, siap buat konvoi lagi. Raya ramai - ramai.  Ade la jugak feel tu. :D



Beraya di rumah cousin ! :D


With my cousin ! :)


Family belah ibu datang rumah ! :)


Lagi satu ! :)


Lagi satu ! :)


With cousin yang agak ngekngok ! XD

By the way semalam memang best la, ada feel dan dapat duit raya banyak, Ada feel woooo ! sampai kepenatan aku. semalam memang best la. Hari ni nak beraya lagi. SELAMAT HARI RAYA GUYS ! :)
Maaf jika ada terkasar bahasa ye. Harap diampun ye ! :)
Ikhlas dari UMMI ATIRAH dan SEKELUARGA ! :)


Sangat Berat Bagiku. :'(
Friday 5 July 2013 • 23:42 • 0 comments

Awak, saya da penat la asyik bergaduh je dengan awak. Saya sayangkan awak, tapi awak tak tahu la. Asyik nak bergaduh je. Kalau boleh saya tak nak bergaduh dengan awak. Saya nak kita happy macam sebelum ni. Tapi tu semua da tiada. Hmm hari selasa ni awak da nak sambung study dekat Negeri sembilan. Takkan awak nak tinggalkan saya lagi macam awak tinggalkan saya dekat kem. Saya tak nak awa tinggalkan saya lagi. Saya study ke Melaka semata - mata nak jumpa awak. Tapi awak da nak pergi. Patot la awak nak jumpa saya sangat hari isnin depan. hmm Awak , setiap kali kita bergaduh setiap malam saya menangis sebab awak. Saya selalu fikirkan awak. Saya selalu rindukan awak. Sayang saya dekat awak tak pernah hilang. Kan Saya pernah cakap dengan awak. Saya akan setia dengan awak sampai bila - bila. Tapi tak tahu awak tu macam mana. Saya tahu saya tak sempurna bagi awak. Saya tak pandai nak jaga hati awak sampai kita selalu bergaduh, bergaduh dengan benda yang tak sepatutnya. Saya taknak kita bergaduh je. Saya da penat dan tak tahan dengan semua ni. Kalau awak da tak sayangkan saya, Saya minta awak lepaskan saya. itu je. Saya tak nak kita asyik bergaduh. Sebentar lagi awak pergi jauh dari saya, saya harap awak tak curang dan setia dengan saya. Saya harap awak ingat dan pegang janji - janji awak atau kata - kata awak. Saya harap itu juga awak pegang semuanya. Awak ingat ea ? pegang janji awak tau. Awak pergi sana untuk study kan ? bukan untuk menggatal tau. ingat tu. Awak pegang janji awak, saya pegang janji saya. Kata orang Cinta jarak jauh susah sikit nak percayakan ? itu yang saya takutkan. Bila awak jauh dengan saya, saya takut awak tak setia dengan saya. Itu je. Hmm Tolong awak ! :'(


Assignment ! ><''
Friday 14 June 2013 • 07:43 • 0 comments


Aaaaaarrrrgggghhh ! tidakkkkkk ! assignment banyak gila, Penat la buat assignment je. Baru aku tahu pelajar Universiti atau kolej macam mana. Da la Tadi Bussiness Comunication kene repeat, silapnya tergagap sikit. haiss

sh  ! susahnya. sekarang ni ada lagi 3 assignment belum buat. Arrrrgghhhhh ! penig kepala eden ! -.-'' sekarang ni tengah ablik cuti, tengah balik cuti ni searching la sekali bahan - bahan untuk asssignment.Menyelam sambil minum air. "Begini la nasib diriku yang malang oohhh Tuhan ! " :/ Takpela ini cara orang nak berlajar. Dan aku mahu buktikan kepada semua yang aku boleh buat, boleh kejar pointer dan ingin menggembirakan kedua ibu bapa aku dengan segulung IJAZAH ! Amin ! :')

Kem Desaru ! :)
Thursday 2 May 2013 • 21:50 • 0 comments
Hey korang, Assalamualaikum ! da lama tak update Blog ni. Rasa rindu pulak nak update blog ni. Sekarang ni aku sedang bercuti dan esok da balik Desaru balik untuk menjalani Latihan yg berikutnya. Hope semua berjalan dengan lancar. Sebelum cuti ni banyak betul aktiviti yang di jalankan, macam P.T pagi, Kelas/latihan kawad kaki, aktiviti fizikal dan Riadah. Itulah  aktiviti harian yang lakukan. Naik cuti ni aktiviti fizikal yang banyak. So kene la ikut.  Sebelum pergi kem macam tak nak je, bosan ada sebab takde kawan. Bila da lama sikit kawan pun da ramai, layan kepala pulak tu. Sangat seronok la. Kumpulan kami menang tau dalam PEMBINAAN PASUKAN, Bravo la katakan. Best sangat la time tu. Tapi sedih pulak bila kawan - kawan kene tukar kem. Paling ramai Budak bravo. Orang yang aku sayang pun terpaksa tukar kem. Sedih bila dia tiada dekat kem Desaru tu. Dia da duduk Mersing. dekat sana dia sambung Latihan dia. Hope dia ok la dekat sana. 



Ni adalah kawan - kawan aku, dalam masa satu hari aku sudah dapat ramai kawan, Budak Batu Pahat pulak tu. Satu daerah tau. Baguskan ?  haha :D

Aku sangat sayangkan dia orang. Kalau tiada dia orang aku takde tempat nak mengadu. Yang sebelah kiri adalah Eyka dan yang tengah itu ada Teha, Aku sayang gila dengan dia orang. Thanks korang sebab ada di sisi aku. :)
Esok da nak balik da, Tinggal 2 bulan lebih lagi je. Lepas PLKN aku terus sambung study. Jumpa rakan - rakan baru pula dekat sana pulak. Hope Dia orang kawan aku sampai akhir hayat aku. Love you so damn much ! 
Lagi satu Aku sayang Budak yang selalu di sisi aku selama 3 minggu selama dia berada di Desaru. Sekarang dia berada di Mersing. Aku harap rasa sayang dia tidak hilang sampai bila - bila. Awak, saya harap awak orang terkahir bersama saya. Awak orang yang saya sayang dan Sayang saya takkan hilang walaupun kita sudah berjauhan. Love you so damn much ! :'*  Kami masih berkawan, Sayang sebagai kawan belum lagi sayang sebagai Pasangan kekasih. Masih mahu berkenalan dengan dia. Kami masih di dalam sesi perkenalan ! :')

Jangan Berharap. :')
Sunday 24 March 2013 • 21:55 • 0 comments

Awak, tolong jangan buat saya berharap pada awak, Saya tak nak berharap pada awak. Saya takut suatu hari nanti bila kita da bersama saya takut awak tinggalkan dan tak hargai saya. Saya tak sanggup nak menahan rasa sakit di hati ni. Saya da tak larat nak menangis lagi. Dan saya tak larat nak menanggung semua tu. Sampai sekarang saya tiada siapa - siapa kecuali family dan rakan - rakan saya je. Saya takut nak couple  sebab saya serik dengan lelaki. Saya mahu kenal awak, macam mana perangai awak dan hati awak. Saya tak nak terburu - buru couple. Nanti takut berlaku apa - apa yang menyebabkan kita sakit hati. Saya tak nak itu. Saya mahu kenal hati budi awak selama mana kita boleh berkawan. Saya mahu kenal awak lebih mendalam. Tapi saya tak tahu la. Setiap kali saya kekal dengan lelaki hati saya terus menjadi lain. Kenapa mesti macam tu ? ini adalah ujian yang Allah bagi pada saya ke ?  Saya bersabar dengan semua tu. Selagi saya boleh bersabar selagi itu saya bersabar. Jujur saya cakap selama saya berkawan dengan awak, awak telah membuat saya ketawa, ceria tak macam selalu. Bila awak sakit saya risau pasal awak. Saya takut terjadi apa - apa pasal awak. Saya memang seorang yang Caring. Jujur saya cakap saya mula sayangkan awak. Tapi saya tak mahu kita terus couple gitu. Saya mahu kenal - kenal dengan awak, mahu kenal perangai awak dan mahu kenal budi pekerti awak. Dan bila saya cakap ni Semua ni saya harap awak akan tegur saya macam biasa just as my FRIEND. Bukan pasal ini semua. Saya mahu kawan dengan awak dulu. Thanks kepada awak sebab buat saya gembira, ketawa dan tak sedih. Saya harap kita kawan sampai bila - bila. dan saya harap awak tak kan lupakan saya ye. Kita kawan sampai bila - bila. ok ! :') 

P/S : Bila orang yang saya cakap ni baca blogs saya. Saya harap dia faham apa yang saya cakap. Saya tak nak dia lupakan saya.  You are my SPECIAL FRIEND. Thanks awak ! :')

Be Strong ! :')
Monday 18 March 2013 • 10:31 • 0 comments

Dear awak, Jangan jadi lemah di sebabkan dia. Saya tahu awak tak macam ni. Awak jadi lemah di sebabkan dia yang tak ambil kisah dan tak menghargai awak,  Awak buat semua tu untuk dia, awak ingat dia ambil kisah pasal awak, Tak awak, Awak tak payahlah mengaharapkan dia lagi kalau dia macam tu. Saya tak pernah tengok awak macam ni. Mungkin ni satu balasan awak tinggalkan saya dulu.  Awak mengharapkan dia sedangkan dia mengharapkan orang lain. Awak fikirkan dia tapi dia langsung tak fikirkan pasal awak. Dia fikirkan orang lain dan dia menarik perhatian orang tu untuk menyukai dia. Cukuplah awak menyakitkan hati awak tu. Awak tidak sihat sekarang ni. Fikirkan kesihatan awak tu. Ada orang masih menyayangi awak, ada orang masih ambil berat pasal awak lagi. Awak bukan keseorangan, Awak ada family, awak ada kawan - kawan dan yang Penting awak ada Allah, Allah sentiasa berada di sisi awak. Dia tak kan pergi kemana - mana. dan sentiasa menjaga dan membantu hambanya apabila di dalam kesusahan. Awak tolonglah jangan macam ni. Saya tak nak tengok awak macam ni. saya nak tengok awak gembira je. Walaupun awak ex saya,  Saya masih lagi ambil berat pasal awak, masih lagi risaukan awak. Sebagai kawan saya tak nak awak macam ni. Jujur saya cakap saya masih sayangkan awak walaupun awak ni ex saya. Sayang saya pada awak takkan hilang. Saya masih ingat apa yang awak buat dekat saya dulu. Dan sebab tu saya tidak mencari pengganti baru dan tenangkan hati saya ni. Saya yang boleh tenang takkan awak tak boleh. Saya tahu ini agak susah bagi awak. Saya pun pernah merasai semua tu. Tapi saya tetap tenangkan hati saya dan mulakan hidup baru. Saya harap awak pun boleh buat macam saya. Just satu je saya nak cakap, saya nak awak bersabar, tenangkan hati awak tu, jaga kesihatan dan fikirkan orang di sekeliling awak tu. Ada lagi orang menyayangi awak, Dan Allah sentiasa melindungi awak. Minta doa pada-Nya. IsyaAllah, doa awak akan terkabul. Ok, saya harap awak boleh bersabar ok. Saya dan kawan - kawan awak akan sokong awak dari belakang. Jangan Risau ok. :)
















Friday 15 March 2013 • 06:55 • 0 comments

Hey guys, Assalamualaikum ! Hari ni  ada cerita sikit mahu di kongsikan. Korang da tahukan Tarikh sebenar SPM ? see dekat atas tu. Hari Khamis depan. Khamis depan woi ! Bila da tahu hati terus tak senang takut woi ! >,< kepada Batch 1995, tabahkan hati jangan nervous, redha je la dengan keputusan yang akan dapat nanti. Dan yang penting Tebalkan Telinga korang bila kena BEBEL nanti. Aku yang takut nanti bila keputusan da dapat nanti. Masa depan kita tu. Hope keputusan yang aku dapat ni dapat menggembirakan ibu bapaku. *Tadah tangan* ya Allah ya tuhan ku, Aku mohon padamu ya Allah, Lembutkanlah hati ke dua - dua ibu bapaku ya Allah,  Aku berharap agar keputusan tahun ni dapat menjalani kehidupan aku akan datang. Dan aku mohon kau panjangkanlah umur ke dua - dua ibu bapa aku sehingga akhir hayat ku. Amin ya rabbal Alamin.  Kepada kawan - kawan ku terutamanya kawan dunia akhirat aku iaitu Nur Najihah, Fatihah Othman, Nor Amirah, Mazatul Amirah, Nurul Ezzati, Nurul Farah hanna, Fairuz Nabiela, Fatin Izzati Che Ahmad, Khadijah, Nur Darah, Intan sakinah, Amysar, Amirul Hafiz, Shahidan khairul Shah, Ym Frheez, muzaffar a.k.a Panda dan yang lain - lain jugak ( Sorry tak dapat nak ingat nama yang lain). Hope korang dapat keputusan yang terbaik dan dapat menggembirakan ke dua - dua ibu bapa korang. Redha dengan keputusan yang korang dapat. Dan terima dengan seadanya untuk masa depan korang.  ok Aku sayangkan korang semua. korang semua ada dalam hati aku. Korang semua di dalam hati aku sampai bila - bila. Korang adalah kawan terbaik yang pernah aku jumpa. Terima kasih jugak kerana anggap aku sebagai kawan korang. Aku akan ingat korang sampai bila - bila hingga akhir hayat aku. Good luck and Love you guys ! :) 



PAST