Mrs Panda
Jangan kecewa kerana cinta .
Monday 16 April 2012 • 05:44 • 0 comments
Jika kita mencintai seseorang . kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita . 
tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan , dua tangan untuk memegang ,  dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat . Tetapi mengapa tuhan menganugerahkan sekeping hati pada kita ?. kerana tuhan  telah memberikan sekeping  lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya . itulah namanya cinta . 
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba . jangan sesekali  menyerah jika kamu masih mahu mencuba .  Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya . 
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan  walaupun mereka telah  dikecewakan . kepada mereka yang masih percaya ,  walaupun mereka telah dikhianati .  Kepada mereka yang masih mencintainya ,  walaupun  mereka  telah disakiti  sebelumnya dan kepada mereka mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan  . 

Bercinta memang mudah ,  untuk dicintai memang mudah . Tapi  untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh , 
Cinta bukanlah kata murah  dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah  anugerah tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat  menilai kesuciannya . 
Jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan ,  lebih baik cinta itu tak pernah hadir . 


Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita , kerana kita ttidak boleh selalu melihat belakang . Tapi pandanglah semua itu ke depan .  Pandanglah masa depan kita  . 
Kita lahir dengan dua buah telinga di kanan dan kiri ,  supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi  .  untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih  mana yang benar , mana yang salah .  
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita  . sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita ,  kita tetap kaya .  kerana tidak akan ada seseorang pun yang dapat  mencuri otak kita ,  fikiran kita dan idea kita  .  dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga emas dan perhiasan . 
kita lahir dengan dua mata dan dua telinga ,  tapi kita hanya diberi 1 buah mulut  . kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam  ,  mulut bisa menyakiti ,  bisa membunuh  ,  bisa menggoda ,  dan banyak hal lainnya yang tidak mnyenangkan . Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak - banyaknya . 


Jangan simpan kata - kata cinta orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata - kata cinta itu pada pusaranya . sebaliknya ucapkan kata - kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi hayatnya . mungkin tuhan menginginkan  kita bertemu dan bercinta dengan orang yang tepat ,  kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu . 
Cinta dapat  mengubah pahit menjadi manis , debu beralih emas , keruh menjadi bening , penjara ,menjadi telaga , derita menjadi nikmat  .  sungguh menyakitkan mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya . seandainya kamu mencintai atau memiliki hati seorang gadis .  Ibaratlah seperti menyunting sekuntum mawar merah .  kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi  kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari , 
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu . 
Hanya untuk  menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya  pergi    . 
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati , sehinggalah kamu  kehilangannya .  Pada saat itu ,  tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi . 



*Ternyata senyuman dapat menjadikan seseorang terbuka hatinya .  cinta mungkin tidak akan berlangsung selamanya ,  tapi ia akan bertahan .
Bertahan  begitu lama dan kuat hingga kita tahu bahawa dia mengkhianati cinta kita
p/s itu sahaja coretan ummi setakat ini ,  harap korang seronok membacanya ,  =)
sekian . Terima kasih  . 
                                                                                                                          create by :  Ummi Atirah =)


PASTFUTURE